Thursday, August 12, 2010

MAT REMPIT

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan skuter. Rempit merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu.


Mat Rempit juga telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan, pergaduhan, vandalisme, kecurian dan buli.Kebanyakan motosikal yang digunakan oleh Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak.


Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia.

Terdapat beberapa faktor yang sering dikaitkan dengan gejala rempit ini.Salah satu faktor ialah perasaan ingin mencuba.Hal ini disebabkan desakan naluri remaja yang suka mencuba dan tidak takut kepada risiko yang bakal ditempuh, mereka berani melakukan apa sahaja. Mereka mudah berasa seronok dan ingin mencuba apa-apa yang dipaparkan oleh media.Selain itu,pengaruh rakan sebaya juga banyak memainkan peranan di dalam menentukan pemilihan aktiviti yang gemar.Remaja mudah terikut-ikut dengan apa-apa yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka tanpa memikirkan risiko yang bakal ditempuhi.


Di samping itu,gaya hidup dan taraf pendidikan juga merupakan salah satu faktor.Hal ini disebabkan,gaya hidup remaja itu sendiri juga merupakan pendorong gejala “Mat Rempit” ini berlaku. Kebanyakkan remaja yang berpendidikan rendah yang terlibat dalam kancah gejala “Mat Rempit” ini. Pergaulan mereka hanya terdedah kepada kelompok yang sama dan memiliki pemikiran yang sama apatah lagi masing-masing memberi galakan ke arah negatif antara satu sama lain seperti cabar mencabar dan sebagainya. Keseronokan dan kepuasan merupakan tujuan utama dalam diri mereka.


Kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa turut mempengaruhi tindakan serta sikap remaja. Apabila mereka merasa bosan, mereka akan mengambil jalan mudah dengan mencari hiburan di luar rumah bersama rakan-rakan yang lain. Lebih-lebih lagi ibu bapa yang suka berleter apabila mereka berada di rumah. Hal ini membuatkan diri mereka merasa bosan dengan sikap ibu bapa tersebut.


Jika dilihat secara kasar, gejala rempit ini banyak membawa kemudaratan kepada masyarakat, bangsa dan negara. Rempit memberi impak yang besar terhadap perkembangan sosial,ekonomi serta politik negara.Golongan mat rempit ini tidak takut atau seram untuk menunjukkan kebolehan mereka di jalan raya malah mereka berasa bangga apabila menonjolkan aksi-aksi ngeri yang berbahaya dan boleh membawa maut itu di khalayak ramai. Aksi-aksi yang ditonjolkan bukan sahaja membahayakan nyawa mereka malah membahayakan nyawa pengguna-pengguna jalan raya yang lain.


Pembangunan sosial semakin terencat kerana kegiatan rempit ini mengancam ketenteraman dan ketenangan suasana malam. Banyak juga rungutan yang dapat kita dengar dari penghuni-penghuni rumah taman tentang bunyi enjin motosikal yang kuat dan mengganggu mereka beristirehat.


Namun, apa yang paling membimbangkan adalah konsep pertaruhan anak-anak gadis sebagai hadiah dalam perlawanan haram tersebut.Gadis-gadis inilah yang menjadi pertukaran dengan pihak yang memenangi perlumbaan tersebut. Justeru,langkah yang drastik dan efektif harus difikir dan dilaksanakan segera agar kes pembuangan bayi, anak luar nikah dan pelbagai penyakit pembunuh seperti AIDS dapat dielakan.


Manakala dari sudut ekonomi pula, mak rempit mensia-siakan waktu muda mereka yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan potensi diri masing-masing.Mereka tidak berminat dan berusaha bersungguh-sungguh bagi membangunkan negara. Apa yang membimbangkan adalah sekiranya perkembangan yang tidak sihat ini semakin menjadi-jadi dan tidak terkawal, hal ini kerana rata-rata mat rempit adalah mereka yang masih dalam usia remaja. Bahkan sebahagiannya masih di bangku sekolah menengah.


Mereka masih bergantung kepada kewangan ibu bapa masing-masing. Untuk menyertai lumba haram ini mereka memerlukan wang yang banyak khususnya untuk pengubahsuaian dan membeli alat ganti motosikal, kos petrol serta wang pertaruhan. Bagi sesetengah remaja yang terlibat dengan dadah memerlukan lebih banyak wang lagi. Oleh itu, apabila mereka terdesak untuk mendapatkan duit mereka mula memeras ugut, meragut dan mencuri.Hal ini akan merugikan ekonomi negara kita.


Dari segi politik pula,generasi muda sekarang adalah merupakan tunggak pucuk pimpinan pada masa hadapan. Namun apabila berlakunya gejala seperti ini secara berleluasa masih adakah golongan yang masih mampu memimpin negara kita pada masa hadapan?


Hal ini menjadi persoalan masyarakat kita sekarang. Kita perlukan anak pemuda yang berani. Tetapi keberanian itu perlu diletakkan pada tempatnya. Kita tidak mahu mereka yang berani mempertaruhkan nyawa di atas jalan raya yang akhirnya memberikan kerugian kepada bangsa,agama dan negara kita sendiri.


Dengan demikian, virus “Mat Rempit” harus dibendung dengan segera sebelum ia menjadi penyakit yang paling parah dalam masyarakat kita. Semua pihak harus memikirkan apakah cara yang terbaik untuk mengatasi gejala sosial ini. Jika ia tidak dibendung dengan segera, ditakuti ia akan menjadi virus yang paling merbahaya di negara ini.


Terdapat beberapa cara untuk mengatasi dan membendung virus “Mat Rempit” ini daripada terus menular dalam masyarakat.Salah satu cara ialah peranan dan tanggungjawab ibu bapa.Hal ini disebabkan, ibu bapa seharusnya menyedari bahawa kasih sayang dan perhatian yang secukupnya perlu diberikan kepada anak-anak mereka agar mereka berasa diri mereka dikasihi dan dihargai. Luangkan masa bersama dengan anak-anak dan mendengar luahan dan rintihan hati mereka.


Di samping itu,penguatkuasa undang-undang dengan lebih efektif memang perlu untuk membendung virus ini.Disarankan ianya agar lebih tegas daripada undang-undang yang sedia ada. Jangan biarkan mereka berasa lali dan tidak kisah dengan hukuman yang bakal mereka terima.Selain itu,kita patut dekatilah “Mat Rempit” dengan berhemah dan hikmah. Hal ini akan menyebabkan mereka berasa diri mereka dihargai. Kata-kata motivasi dan kaunseling juga diperlukan untuk membendung virus ini. Jangan terus memberi tekanan kepada mereka. Sepertimana kita ketahui zaman remaja memang penuh dengan tekanan dan gelora. Mereka sentiasa inginkan perhatian masyarakat. Oleh itu berinteraksilah secara matang dengan mereka.


Sebagai kesimpulannya, kita jangan terlalu menyalahkan dan menunding jari kepada golongan remaja. Sebaliknya kita patutlah membantu golongan ini dengan profesional dan matang. Dekatilah mereka agar mereka merasakan diri mereka dihargai dan tidak tersisih daripada masyarakat.



SIU EE HWA     205908

Wednesday, August 4, 2010

VANDELISME


Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah, iaitu vandals yang telah membinasakan kota Rom pada tahun 445 Masihi.


Definisi vandalisme adalah membuat sebarang perubahan seperi melukis, menanda, mengecat, menampal, merosakkan atau mengotorkan harta benda awam tanpa kebenaran pihak berkuasa.


Orang ramai yang melakukan perbuatan vandalisme di kawasa pentadbiran MPM boleh dikenakan di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme (Mdm) 1992 (Akta 171). Berdasarkan undang-undang tersebut, jika sabit kesalahan, pelaku vandalisme akan dikenakan denda tidak melebihi RM 1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Manakala bagi kesalahan yang berterusan, pelaku akan dikenakan denda tidak melebihi RM 100 bagi setiap hari kesalahan tersebut dilakukan.


Walaupun perbuatan vandalisme tidak memudaratkan dan membawa kerosakan yang kekal, perbuatan ini mencemarkan tempat tumpuan orang ramai. Bagaimana kalau lakaran lucah dan perkataan yang memberahikan dibaca oleh golongan muda? Ini sudah tentu akan menimbulkan imaginasi dan khayalan seks yang boleh mendorong seseorang melakukan perbuatan jenayah seperti rogol, mencabul kehormatan dan melakukan hubungan seks bebas. Selain itu, belanja yang tinggi diperlukan untuk membersihkan tempat yang telah diconteng. Semua usaha pembersihan dan pemulihan ini memerlukan tenaga yang bukannya sedikit.


Vandalisme juga boleh mencetuskan ketegangan antara kaum. Sekiranya didapati kedai orang Cina diconteng oleh remaja Melayu atau India, berkemungkinan ia akan menimbulkan konflik dan pergaduhan antara kaum. Ini akan menyukarkan lagi usaha mewujud perpaduan kaum dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, sekali gus mengancam keselamatan dan kestabilan negara.


Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.


Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.


Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.


Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.


Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam. Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.


Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa.Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya.


Kesimpulannya, masyarakat boleh memainkan peranan penting memberi kefahaman betapa buruknya akhlak mereka yang melakukan vandalisme. Misalnya, ibu bapa sebagai orang yang terdekat dengan remaja patut mendidik anak-anak dengan contoh teladan baik serta mengasihi dan meluangkan masa bersama anak-anak agar tidak timbul fenomena kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Pihak sekolah pula boleh menerapkan kesedaran untuk membentuk remaja berjiwa sihat dan berfikiran matang sebelum melangkah ke alam dewasa.



WONG CHEE WEI     205967

PENDERAAN KANAK-KANAK



Isu tentang penderaan kanak-kanak telah menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat.Sekarang kita boleh mendengar pelbagai kes penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Apakah yang dimaksudkan dengan penderaan kanak-kanak?Penderaan kanak-kanak bermaksud satu dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak .Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.Penderaan kanak-kanak ini pula boleh dikelaskan kepada beberapa jenis seperti penderaan fizikal kanak-kanak,penderaan mental kanak-kanak dan penderaan seksual kanak-kanak.Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.


Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini.Antaranya ialah tekanan pekerjaan yang dihadapi oleh ibu bapa yang bekerja.Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak-anak yang tidak berdosa.Tabiat anak-anak yang masih kecil memang suka merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa.Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal.Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya.Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.


Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu.Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak.Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka.Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan.Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.Mintalah pertolongan daripada Allah supaya hati kita menjadi tenang.


Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih baru.Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.


Selain itu,kurangnya pendidikan agama dalam kalangan ibu bapa juga merupakan faktor berlaku masalah penderaan kanak-kanak.Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga.Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah.Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak.Al-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga ana-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.



Penderaan melibatkan tiga bentuk iaitu fizikal, seksual dan emosi. Penderaan fizikal ditafsirkan sebagai keganasan yang menyebabkan kecederaan otak, lebam yang teruk, kecacatan anggota tubuh, patah tulang, lecur atau terbakar, dicucuh dengan puntung rokok dan sebagainya. Kesan kepada mangsa ialah trauma dan ketakutan melampau apabila berdepan dengan orang dewasa (fobia), luka dan cedera yang kekal, rosak saraf otak dan urat saraf (cacat seumur hidup) dan perkembangan mental menjadi lembap kerana menderita ketegangan saraf.


Penderaan seksual merujuk segala bentuk aktiviti seksual yang mempunyai tujuan untuk memenuhi tuntutan nafsu seks orang dewasa. Ianya melibatkan eksploitasi bahagian sulit kanak-kanak, dicabul, dirogol dan dipaksa melacur. Kesan kepada mangsa ialah luka dalam kemaluan, penyakit kelamin, mengandung, traumatik, pengkhianatan, stigma (malu, rasa bersalah) dan tidak berkuasa (untuk melawan).


Penderaan emosi, iaitu di mana gangguan yang substansial dan boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak yang didalilkan dengan, antara lain, kecelaruan mental atau tingkah laku termasuk keresahan, kemurungan, penyendirian, kelangsangan atau perkembanga lambat. Kesan ke atas mangsa berlaku secara bertahap mengikut umur seperti ponteng sekolah, tidak minat dengan pelajaran, suka mencuri, berbohong, kelihatan murung, sering mengasingkan diri dan lari dari rumah sebanyak dua kali.


Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera.Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen.”Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka.Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup ini pasti tidak bermakna.Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita.Jadi,dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kes penderaan anak-anak.


Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanak-kanak. Hal ini demikian kerana kanak-kanak dilindungi di bawah hak kanak-kanak.Pihak berkuasa perlulah mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang yang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.


Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.


Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.



AW SIEW MEI 206042

KERUNTUHAN AKHLAK

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak isu berkaitan dengan masalah sosial yang sering melibatkan remaja. Megapa keadaan ini berlaku? Ini disebabkan di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkait dengan kelompok ini juga banyak. Terdapat pelbagai faktor menyebabkan masalah sosial di Malaysia semakin meningkat. Oleh itu, pelbagai cadangan, aktiviti dan program bagi mengatasi masalah sosial ini telah diutarakan oleh pelbagai pihak.




Keruntuhan akhlak di kalangan remaja merupakan salah satu masalah sosial di Malaysia. Keruntuhan akhlak bermaksud pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Antara tajuk yang dikupas di bawah keruntuhan akhlak adalah isu-isu yang berkaitan dengan isu samseng jalanraya, isu buli, isu seks bebas dan sebagainya. Isu berkaitan remaja ini juga perlu diberi penekanan kerana bangun dan jatuhnya sesebuah negara adalah bergantung kepada bagaimana badan- badan kerajaan dan juga bukan kerajaan memainkan peranan mereka dalam cara mengatasi masalah keruntuhan akhlak dan di kalangan remaja.




Salah satu faktor yang dikenal pasti menyebabkan keruntuhan akhlak remaja ialahd perasaan ingin tahu dan ingin bercuba. Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa- apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada panduan dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara tersebut.




Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.




Selain itu, pengaruh media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata- mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain. Selain dari itu, bahan media ini mudah diperolehi.




Untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap pendidikan agama dan nilai-nilai murni. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.




Seterusnya, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis juga dapat memberi bantuan dalam menringankan masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Selain itu, langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian juga hendak diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah dan sebagainya bagi mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang semakin serius di kalangan remaja.




Kesimpulannya, pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan bagi mengatasi masalah sosial ini. Tetapi apa yang lebih penting ialah ibu bapa mesti memainkan peranan dan tanggungjawab dalam menyelesaikan masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Selain itu pihak kerajaan dan pihak bukan kerajaan juga perlu berkerjasama dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang semakin serius ini.



SIM BEE LIAN     206084

ISU PEMBUANGAN BAYI


Isu pembuangan bayi telah menjadi isu sejagat pada masyarakat kini. Kes begitu bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di merata tempat. Di Brunei, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana menyebabkan kematian seorang bayi dengan meletakkannya di dalam karung sampah yang mengakibatkan bayi berkenaan mati kelemasan. Di Indonesia, seorang penduduk Bekasi melihat benda berwarna kuning disyaki bayi terapung-apung di tepi sungai. Di China pula seorang bapa membuang anaknya yang berusia setahun ke dalam sungai kerana menyangka anaknya itu mati setelah tidak sedarkan diri kerana sakit perut.


Membuang bayi adalah cara yang paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan akhirnya berlaku kehamilan yang tidak diingini. Di Malaysia, gejala ini kerap berlaku dan menunjukkan aliran yang menaik. Umpamanya pada tahun 1999, sebanyak 70 kes telah dilaporkan dan pada tahun 2001, ia meningkat kepada 97 kes. Peningkatan bilangan kes ini dipercayai masih dalam kadar meningkat dan kes ini memerlukan langkah-langkah penyelesaian dari akar umbi punca tersebut.



Tempat pembuangan bayi juga menunjukkan sejauh mana simpati manusia. Tempat yang sering terjumpa bayi adalah di dalam tandas, rumah kosong, tempat membuang sampah, tepi sungai, atau di rumah ibadat. Selain itu, ada yang letak di stesen kereta api, depan rumah kebajikan dan klinik juga. Kepelbagaian tempat pembuangan itu juga telah menunjukkan kekejaman dan kezaliman sesetengah manusia. Sebagai contoh, bagi pelaku yang masih muda dan tidak berani menyelesaikan masalah dengan orang lain, mereka telah memilih langkah untuk mengepam bayi itu ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan butik kelahiran. Remaja yang begitu tidak matang dari segi mental dan fizikal menyebebkan mereka tidak bersedia untuk menerima kelahiran tersebut mahupun ingin membesarkan anak mereka.


Pembuangan bayi melibatkan banyak faktor. Antaraya punca utama adalah dari keluarga yang tidak sempurna. Pengaruh dari rumah member kesan atas pembentukan personaliti remaja. Konflik yang kerap berlaku antara ahli keluarga dengan remaja adalah satu punca menyebabkan remaja keluar dari rumah untuk mencari rakan sebaya yang berupaya memberi hburan, sumber kewangan dan perkembangan emosi. Oleh hal demikian, sikap remaja yang bermasalah menjadi semakin teruk dan di luar kawalan ibu bapa mahupun pihak sekolah. Pergaulan bebas, pengaruh dadah, capaian bahan-bahan lucah menyebabkan remaja pada masa kini pergaulan bebas dan mengadakan seks sebelum kahwin. Tambahan pula, kekurangan pendidikan seks yang seharusnya menyampai kepada pelajar-pelajar di sekolah juga satu faktor yang menyebabkan berlaku kehamilan sebelum kahwin dan akhirnya mengiring kepada berlakunya kes pembuangan bayi.


Kesan yang dibawa oleh kes pembuangan bayi bukan sahaja pada bayi maka juga membawa kesan kepada ibu kandung dari segi fizikal dan mental. Dari segi kesihatan, kesihatan ibu terjejas kerana kehilangan darah yang terlalu banyak, jangkitan kuman dan kecederaan semasa bersalin di tempat sendiri dan bukannya hospital. Selain itu, kadar kematian bayi juga akan lebih tinggi kerana tidak dapat penjagaan ubtan yang sempurna jika bayi dibuang selepas dilahirkan. Oleh sebab itulah kita juga dapat menjumpa kes mayat bayi di mana-mana.


Di samping kesan dari segi fizikal, pembuangan bayi juga member kesan yang seriu terhadap mental pelaku. Seseorang pelaku tersebut akan rasa takut, bersalah terhadap apa yang telah dilakukan. Ini mudah menyebabkan pelaku sentiasa dalam keadaan murung dan menghilangkan keyakinan diri. Resah dan gelisah juga berlaku pada wanita tersebut. Mereka juga mudah menghadapi masalah emosi dan hubungan interpersonal. Juga terdapat sesetengah orang akan putuskan hubungan dengan ahli keluarga kerana kelakuan mereka iaitu pembuangan bayi adalah tidak diterima dan diampuni.


Bagi mengelakkan kes pembuangan bayi terus berlaku, beberapa langkah haruslah diambil. Remaja haruslah sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti bersukan atau menyertai kerja amal. Remaja juga harus elakkan diri membaca dan menonton bahan lucah. Hal ini kerana pemikiran ramaja yang tidak cukup matang mudah dipengaruhi oleh bahan lucah dan rasa ingin mencuba mengikut apa yang telah dibaca. Wanita juga bertanggungjawab menpertahankan diri daripada elakkan seks sebelum kahwin. Setiap orang bertanggungjawab ke atas kehidupan anda diri sendiri. Oleh sebab itu, wanitu harus berani berucap TIDAK kebada hubungan seks dan tidak member peluangan kepada orang lain untuk memaksa anda melakukan hubungan seks.


Penyelesaian yang terbaik ialah menutup punca kepada masalah ini. Pendidikan yang menekankan kesucian hubungan lelaki dan perempuan perlu didedahkan sejak kecil di samping pencegahan daripada institusi agama dan budaya masyarakat. Taatlah kepada agama masing-masing yang kita dapat mempelajari nilai-nilai yang baik. Satu yang betul iaitu semua gama di Malaysia memang tidak mengizin hubungan seks sebelum kahwin.


Kesimpulannya, bayi juga satu nyawa yang amat dihargai, sebagai ibu dan bapa kandung, mereka seharusnya tidak mengambil langkah untuk membuang bayi jika mereka tidak berupaya membesarkan anak. Mereka seharusnya berbincang dengan ahli keluarga atau meminta bantu dari kebajikan.




















NG PEI QI    206120

KES BULI

Buli ialah merupakan satu bentuk penyalahgunaan.Buli boleh berlaku dalam bentuk langsung seperti ejekan, ugutan, tekanan atau tindakan fizikal. Selain itu, buli juga boleh berlaku dalam bentuk yang tidak langsung yang menyebabkan seseorang pelajar terpinggir dari kawan-kawannya.


Isu kes buli di sekolah telah menimbulkan suasana yang tidak selamat di sekolah. Hampir setiap hari di setiap sekolah di serata dunia akan menghadapi masalah dalam kes disiplin pelajar-pelajar mereka. Kes yang paling popular ialah kes buli. Di Malaysia kita boleh lihat sendiri gejala buli berlaku dalam sesebuah komuniti. Kes ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat khususnya para ibu bapa. Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa kematian pelajar Mohd Hadzrin Mohamad setelah koma lapan hari akibat dibelasah sekumpulan remaja berhampiran sekolah di Cheras gara-gara berebut kekasih, meninggal dunia pada 21 Februari 2009.


Terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan berlakunya kes buli di sekolah.Antaranya adalah kerana pengaruh keluarga atau ibu bapa,pihak sekolah dan pengaruh media.


Faktor pertama merupakan pengaruh keluarga atau ibu bapa. Remaja-remaja membuli mungkin kerana meniru tingkah laku agresif yang diperlakukan terhadap dirinya di rumah atau menyaksikan tindakan agresif yang diperlakukan ke atas ahli keluarganya. Contohnya ayah mendera ibu, atau adik-beradik lain didera di hadapannya. Hidup dalam keluarga yang dipenuhi dengan keganasan rumah tangga akan mengajar remaja-remaja bahawa kekerasan dan keganasan adalah satu cara yang efektif dan sesuai untuk mencapai atau mendapat sesuatu yang dihajati apatah lagi jika mereka tidak mendapat bimbingan atau pembelaan daripada sesiapa.


Faktor seterusnya adalah pengurusan sekolah yang tidak sempurna. Tidak dapat dinafikan sekolah juga turut menjadi faktor yang mendorong remaja-remaja membuli. Amalan dan polisi sesebuah sekolah secara tidak langsung akan mempengaruhi cara pelajar berinteraksi, aktiviti yang dilakukan dan tingkah laku mereka. Buli dan tindakan agresif remaja-remaja dikatakan mempunyai kaitan dengan sekolah yang gurunya acap kali bertukar-tukar, pentadbiran yang lemah, kaedah mendisiplinkan pelajar selalu tidak konsisten, garis panduan mengenai sesuatu perlakuan yang dianggap salah tidak begitu jelas dan pemantauan yang tidak dilakukan dengan sempurna.


Faktor terakhir adalah pengaruh media yang luas. Sememangnya filem atau aksi ganas yang dipaparkan di layar televisyen, cakera padat video (vcd), cakera video digital (dvd) dan sebagainya adalah antara faktor yang mendorong remaja-remaja melakukan aksi ganas seperti membuli.Pelajar-pelajar selalunya akan meniru dan cuba untuk merealisasikan apa yang dilihat di kaca televisyen di dalam kehidupan mereka seharian dan bila mereka sudah mula seronok melakukannya, mereka akan melihat keganasan sebagai satu sikap yang positif. Kesannya akan lebih ketara terhadap pelajar-pelajar yang menghadapi masalah emosi, bermasalah pembelajaran, mengalami gangguan tingkah laku dan sukar untuk mengawal diri.


Untuk mengatasi masalah-masalah kes buli di Negara kita,kita perlu mencari langkah-langkah yang efektif untuk menanganinya.Cara-cara tersebut adalah memberikan pendidikan agama,mengadakan peraturan yang tegas di sekolah dan melahirkan media yang bertanggungjawab.


Antara langkah-langkah tersebut, langkah yang paling penting adalah memberikan pendidikan agama. Pendidikan agama merupakan unsur yang paling penting dalam kehidupan seseorang kerana pendidikan agama membentuk seseorang manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau balasan baik dan balasan buruk di Akhirat nanti. Hal ini akan menyebabkan ia tidak melakukan buli kerana ia memahami bahawa buli dan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang lain merupakan tindakan yang salah di sisi agama.


Seterusnya adalah mengadakan peraturan yang tegas di sekolah. Peraturan yang Tegas: Perlu ada peraturan yang tegas yang boleh dikenakan tindakan sewajarnya terhadap pembuli dan peraturan tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa “memilih bulu”. Sesiapa yang yang membuli, tanpa mengira apapun darjat atau kedudukannya hendaklah dikenakan tindakan tegas. Di samping itu pihak berkenaan juga haruslah telus dalam mengendalikan kes buli. Disamping mengambil tindakan tegas terhadap pembuli, kes-kes berkenaan hendaklah didedahkan kepada umum agar menjadi pengajaran kepada orang lain.


Pengaruh media yang positif juga sangat penting untuk mengatasi kes buli. Media massa, sama ada media elektronik, media internet mahupun media cetak hendaklah menjalankan tanggung jawab social mereka dalam menangani masalah buli. Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja untuk meniru aksi buli hendaklah disekat daripada tontonan umum. Media juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan buruk buli. Di samping itu media juga perlu sentiasa menayangkan iklan-iklan larangan membuli buli seperti larangan merokok.


Kesimpulannya,kes buli patut diatasi secepat mungkin untuk mengelakkan lebih banyak remaja yang lemah dibuli lalu menghadapi kesan negatif secara mental dan fizikal.



WONG KAR SOON     205969

SUMBANG MAHRAM

Maksud sumbang mahram ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah/nasab (keturunan) dengan mangsa.Contohnya, ayah merogol anak, datuk merogol cucu, abang merogol adik dan sebagainya.

Faktor yang mempengaruhi berlakunya sumbang mahram.

Salah satu faktor adalah pengaruh persekitaran.Persekitaran mempengaruhi akhlak individu dalam masyarakat dalam erti kata ia menggalakkan perkembangan aspek yang tertentu dan menghindarkan perkembangan aspek-aspek lain.Persekitaran yang mengamalkan pengasingan nilai kerohanian daripada urusan keduniaan dan persekitaran sosial budaya yang bersifat secular liberal dan meterialistik,contohnya perkembangan pusat-pusat pelancongan ‘Ala Barat’.Kelonggaran kewujudan pusat-pusat peranginan untuk menarik pelancong-pelancong asing tidak mengikut atau berlawanan dengan budaya melayu atau berlawanan dengan budaya melayu dan keislaman. Percampuran bebas, bercumbuan dan pendedahan aurat yang keterlaluan ditempat-tempat rekreasi peranginan dan perkelahan oleh pelancong-pelancong asing mudah mempengaruhi remaja mencontohi dan beraksi.

Selain itu,budaya hiburan dan ungkapan “born to be free” dan “mudah hanya sekali”, sering menghantui remaja kita. Persekitaran di bandar-bandar pada waktu malam hidup hingga ke larut malam dengan beroperasinya pusat-pusat hiburan yang berlesen dan tanpa lesen. Sebagai contoh di sekitar Petaling Jaya, Damansara Utama, seksyen 21 dan ss2 mempunyai banyak pusat hiburan. Menurut Mohamed Nor Bador, kajian mereka mendapati terdapat 68 pusat video game berlesen, 34 snuker, 104 buah pub dan karaoke dan 4 buah disko di Petaling Jaya. Menurutnya, statistik pertambahan pusat hiburan ini terlalu tinggi dan mereka banyak menerima rungutan daripada masyarakat sekeliling.

Justeru,Pemujaan kepada artis-artis Barat dan ratu-ratu rock Malaysia telah sampai ke tahap yang membimbangkan, Konsert-konsert rock bergerak berbentuk heavy-metal, dangdut dan seumpamanya seolah-olah telah menjadi lumrah bagi muda-mudi mencari ketenangan jiwa. Sebagai contoh pada 11 september 1996 malam, satu konsert heavy-metal besar-besaran telah diadakan di stadium Merdeka yang memaparkan kehebatan penyanyi-penyanyi import seperti Scorpion dan konsert scorpions, Salem cool planet Music Quake dianggarkan 35,000 orang penonton membanjiri konsert tersebut dengan pelbagai gelagat yang memalukan. Kajian yang dijalankan oleh penulis lebih 70% penonton hadir adalah terdiri daripada belia melayu. Malahan ada di kalangan penganjur melunakkan konsep konsert dengan berselindung di sebalik konsert amal, konsert membantu penghidap AIDS, mengisi tabung bantuan Bosnia, malam anak-anak yatim /cacat dan seumpamanya. Kononnya di samping meraih keuntungan besar, mereka dapat beramal dengan mendermakan sebahagian hasil kepada tabung amal/kurang bernasib baik.

Selain lesen perjudian dan lesen pusat hiburan. Lesen arak juga diberikan begitu mudah kepada pengusaha-pengusaha. Contohnya, dari pengamatan penulis dan temu bual secara tidak fomal di 2 buah kedai conveinient Store (dibuka 24 jam) yang terletak di kawasan perumahan majoritinya melayu, terdapat tidak kurang dari 12 jenis arak yang dijual di sini dalam tin-tin sejajar dengan minuman lain. Selain itu khidmat penjualan kondom juga diadakan. Temu bual yang dibuat secara informal dengan jurujual di kedai tersebut mendapati lebih kurang tujuh pelanggan remaja yang membeli arak setiap hari .Oleh itu tidak hairanlah masyarkat pada hari ini mudah telibat dalam kacah maksiat dan sumbang mahram kerana kemudahan yang terbentang luas untuk mereka hanya tinggal “tepuk dada tanya iman”

Masyarkat kini boleh dikatakan ketandusan “role model” yang boleh dijadikan contoh yang baik (Qudwah Hasanah) sama ada peringkat individu mahupun di peringkat pemimpin. Kita tidak dapat menafikan ramai yang pandai bercakap mengenai kelebihan dan kebaikan cara hidup “Islam as comprehensive way of live” tetapi berapa ramai yang benar-benar beramal dengan dengannya? Anak-anak mudah terkeliru dan tercari-cari manakah :role model” yang perlu mereka ikuti?Contoh yang mudah dan sentiasa ditemui ialah artis-artis dalam dan luar negara kerana kejayaan kerier mereka mendapat liputan yang meluas dalam media-media massa. Oleh itu tidak hairanlah apabila artis-artis mendapat tempat dalam masyarakat manakala peranan orang yang beragama/ulama dipandang serong.

Selain itu,pengaruh media massa memang banyak memberikan perkembangan atau banyak maklumat kepada masyarakat terutamanya berkaitan dengan hal ehwal semasa, berita dalam negeri hinggalah kepada berita-berita luar negara.Tetapi kalau kita lihat pada hari ini banyak media massa pada hari ini telah disalahgunakan hingga menyebabkan berlakunya banyak perkara-perkara yang tidak baik di dalam masyarakat.seperti Internet, televisyen, dan majalah-majalah hiburan.

Faktor seterusnya yang menyebabkan sumbang mahram berlaku adalah melalui internet.Internet sememangnya mengubah pemikiran manusia di seluruh dunia. Termasuk yang sedang diubah adalah pemikiran umat islam berbanding dengan umat lain. Pengguna internet di kalangan umat islam masih rendah.Tetapi golongan kecil orang islam yang menggunakan internet sudah tentu tidak terlepas daripada pengaruh internet.Punca yang menyebabkan internet begitu berpengaruh berbanding dengan media yang lain adalah sifatnya yang dapat menebusi sempadan negara. Ia sukar disekat,ditapis dan dihalang.

Maka,bahan-bahan lucah mudah memasuki negara kita.Begitu juga dengan bahan-bahan subversif termasuklah tulisan yang bersifat menentang agama.Ini sangat berbahaya kepada masyarakat terutamanya umat Islam. Setakat ini tidak ada negara yang dapat menghalang kemasukan bahan-bahan ini.Selama ini kerajaan dapat membendung kemasukan bahan-bahan yang bersifat subversif tetapi melalui internet, kebebasan bersuara hampir mencapai tahap mutlak. Selain internet,pengaruh media massa seperti televisyen juga merupakan salah satu sebab berlakunya gejala-gejala sosial.Banyak rancangan yang disiarkan di televisyen yang memaparkan adengan-adengan ganas, tahyul dan seks.Ini boleh mendorong masyarakat ke arah berlakunya gejala-gejala yang tidak diingini dan kelakuan yang tidak baik.

Tidak dapat disangkakan bahawa media massa dan keterbukaan dalam globalisasi dunia hari ini merupakan antara faktor-faktor penting berlakunya jenayah salah laku remaja secara meluas. Selain daripada media cetak, media elektronik memainkan peranan yang hebatnya dalam mempengaruhi tingkah laku dan sikap anak-anak remaja. Melalui siaran-siaran radio,televisyen, dan tayangan video, para pelajar terdedah kepada gejala yang tidak sihat seperti unsur-unsur ganas dan luar, budaya barat,budaya dadah,budak disko rock tahyul dan seks.Dengan wujudnya suasana sekeliling yang semakin rosak dan iman yang tipis, para remaja mudah terdorong untuk mencuba aksi-aksi ganas dan adegan-adegan berani yang telah ditonton oleh mereka melalui televisyen atau video lucah yang berleluasa dipasaran.Akibatnya mereka terjerumus dengan perhubungan seks bebas,pelacur murahan,home seks,lesbian hingga kepada terjadinya sumbang mahram.

Antara contoh rancangan televisyen yang mempengaruhi akhlak masyarkat kita pada hari ini adalah drama-drama melayu yang memaparkan artis-artis muda genit dengan memegang watak penting yang memaparkan adegan cinta serta aksi yang memberanikan tidak patut ditayangkan.Selain itu,adegan seks dan ganas yang dipaparkan dalan drama bersiri Baywatch.Filem ini boleh mengajar remaja dan masyarkat berpakaian seksi serta bergaul tanpa batasan. Selain itu, majalah-majalah berbentuk hiburan juga banyak memberi kesan negatif ke atas kelakuan masyarakat pada hari ini.Banyak majalah yang berada dipasaran hari ini yang memaparkan gambar artis-artis barat dan memaparkan kelakuan-kelakuan dan gaya mereka.Pengaruh budaya barat ini begitu mudah menyelinap masuk ke dalam masyarakat kita.Kebanyakan masyarakat dalam negara kita terutamanya orang melayu mudah terpengaruh dengan budaya ini.



Justeru,undang-undang yang tidak setimpal menyebabkan sumbang mahram berlaku.Dalam memperkatakan tentang punca-punca keutuhan moral dan akhlak masyarakat, kita tidak boleh lari dari membicarakan saham yang diberikan oleh undang-undang kerana ia merupakan unsur yang penting dalam membendung sebarang kemungkinan dalam masyarakat. Contohnya, baru-baru ini seorang penyanyi telah didedahkan dalam surat khabar dan televisyen ,mengaku bersalah melakukan persetubuhan haram tetapi hukuman yang dikenakan hanyalah denda RM1000 dan dikenakan penjara 6 bulan.Apa yang jelas kepada kita pembalasan yang tidak setimpal dengan kerosakan dan jenayah yang dilakukan tidak memberi apa-apa kesan kepada si pelakunya malahan menggalakkan lagi pengulangan kes serta tidak menimbulkan rasa gerun kepada individu lain dalam masyarakat daripada melakukannya.

Langkah-langkah untuk menangani masalah sumbang mahram

Mangsa perlu melaporkan kejadian ini supaya penceroboh ditangkap.Jika tidak dilaporkan, ia tidak akan diketahui dan tindakan tidak dapat diambil ke atas penceroboh dan mungkin perbuatan itu diulangi.Namun, ramai mangsa tidak melaporkan kerana mereka diancam oleh penceroboh.Selain itu,mereka juga rasa malu kerana masyarakat memandang hina terhadap hubungan jantina di luar nikah walaupun dirogol dan mereka tidak tahu bagaimana dan kepada siapa mereka harus melaporkan kejadian itu.Bagi yang melaporkan pula, mereka didesak oleh faktor-faktor seperti kehamilan, mereka rasa perbuatan itu salah dan dilarang agama,bimbang perbuatan itu dilihat oleh orang lain.Majoriti mangsa akan melaporkan kepada emak dan jika mereka tidak lagi percaya kepada emak,mereka akan melaporkan kepada guru, jiran, ketua kampung dan kawan.

Pengkaji telah mengkaji hukuman-hukuman yang diberikan kepada pesalah dan beliau melihat aspek-aspek seperti darjah paksaan yang digunakan oleh pesalah pada kali pertama dilakukan,ulangan perbuatan dan pengakuan pesalah di mahkamah yang dijangkakan dapat memberatkan hukuman.

Namun apa yang didapati ialah faktor-faktor tadi tidak memainkan peranan dalam memberatkan hukuman. Didapati bahawa mahkamah banyak bergantung kepada faktor-faktor perundangan untuk menentukan keberatan hukuman. Ini mungkin kerana mahkamah terikat oleh undang-undang untuk melihat adegan yang melibatkan rogol sebagai kes rogol biasa. Walau bagaimanapun, menurut beliau, melihat adegan seperti ini kurang tepat.Rogol muhrim adalah satu jenayah yang jauh lebih serius daripada rogol biasa kerana ia dilakukan oleh seorang lelaki yang telah dipertanggungjawabkan oleh masyarakat dan keluarga untuk menjaga, memimpin dan memberi teladan yang baik kepada gadis yang dinodai melalui inses. Oleh yang demikian, hukuman yang lebih berat perlu diberikan.

Langkah yang seterusnya adalah berkaitan dengan pengawalan dan pencegahan sumbang mahram. Antaranya adalah mengurangkan kecenderungan seseorang dengan memberi kesedaran bahawa sumbang mahram dilarang oleh agama dan ia juga merupakan penganiayaan terhadap orang yang di bawah tanggungjawab kita.Selain itu,ia membuat orang takut mendekatinya dengan peruntukan hukuman yang lebih berat dan kesedaran pentingnya kejadian ini dilapor.Kita perlu menggalakkan mangsa melapor dengan mempercayai laporan (bukan diketawakan), tidak dipersalahkan dan dilindungi dari penceroboh.Kerajaan perlu memberi pendidikan kesedaran kepada semua, terutama kanak-kanak yang merupakan bakal mangsa.Kerajaan juga perlu mewujudkan undang-undang yang memperuntukkan bahawa sesiapa yang mengetahui satu kes adegen telah atau sedang berlaku, wajib melaporkannya supaya dapat mengelak kejadian ini.Oleh sebab kejadian boleh berlaku di luar rumah, ahli masyarakat perlu membuka mata untuk mengelak kejadian seumpama ini.

Kesan Sumbang Mahram

Terdapat kesan-kesan fizikal yang sering kali menjadi petunjuk terhadap penderaan seksual yang berlaku pada kanak-kanak tersebut. Antaranya adalah kecederaan pada kemaluan dan dubur, bengkak atau berdarah, kecederaan tubuh badan akibat dikasari, jangkitan penyakit kelamin, berat badan naik mendadak akibat ketidakseimbangan hormon atau selera makan yang berubah secara tiba-tiba, perubahan jadual tidur dan gangguan tidur di samping sering mengadu sakit perut.

Terdapat juga kesan-kesan yang boleh diperhatikan dari segi tingkah laku dan perwatakan seperti perubahan emosi atau perasaan yang keterlaluan, takut kepada seseorang atau sesuatu tempat atau bersendirian, berkelakuan jauh lebih dewasa (kurang sesuai dengan umur mereka) atau berkelakuan yang terlalu kebudak-budakan ponteng sekolah dan mutu pelajaran yang merosot, melahirkan perasaan sayang dengan cara yang kurang sesuai, tidak suka disentuh, mempunyai harga diri yang rendah, gemar asingkan diri, mengelak bertentang mata dan suka bersendirian, perasaan ingin tahu terhadap seks yang amat tinggi, menunjukkan tanda kematangan yang awal serta cenderung mengajar rakan sebayanya tentang seks.

Seandainya tidak ditangani dengan sempurna, kesan dari kejadian tadi akan terbawa-bawa hingga ke peringkat remaja dan dewasa. Antara kesan-kesan yang biasa ditunjukkan adalah tingkah laku seksual yang keterlaluan seperti bertukar-tukar pasangan, perasaan dendam menyebabkan mangsa menjadi pendera kanak-kanak, terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti penagihan dadah, perubahan emosi menyebabkan mangsa sukar berhubung dengan rakan sebaya dan masyarakat sekeliling, keyakinan diri dan maruah yang rendah, rasa bersalah mendorong mangsa menyisihkan diri dan kadangkala mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri dan mengalami gangguan makan dan tidur kerana cenderung menyeksa dirinya sendiri.

Hasil dari perbuatan sumbang mahram kadangkala akan menyebabkan kehamilan yang tidak diingini berlaku. Oleh sebab undang-undang di Malaysia tidak mengizinkan pengguguran dilakukan, kehamilan yang tidak diingini, ini akan memberikan kesan yang amat mendalam kepada ibu dan anak tadi. Antara kesan-kesan yang mungkin terjadi kepada ibu dan bayi malang tadi adalah tekanan jiwa yang teruk akan menjejaskan kandungan dan berakhir dengan kelahiran bayi cacat, bayi sering kali akan mengalami kecacatan mental yang teruk, 86% kelahiran adalah tidak cukup bulan, tidak sempurna dan kebanyakannya meninggal dunia sewaktu atau di peringkat awal kehidupan dan kecacatan genetik seperti penyakit jantung congenital, pekak-bisu dan kecacatan sistem saraf pusat, sistem dalaman tubuh serta kecacatan alat kelamin. Kebarangkalian untuk kecacatan teruk pula adalah 25%.

Selain daripada kesan-kesan terhadap kehamilan, terdapat juga kesan-kesan psikologi jangka panjang yang tidak sihat seperti percubaan membunuh diri, pcychosis yang kronik, obesiti atau anoreksia, pelacuran atau kehidupan yang dipengaruhi oleh seks, masalah personaliti termasuklah perasaan bersalah, cemas, ketakutan, murung dan kehilangan maruah diri, pengulangan perbuatan penderaan, histeria, agresif dan kecelaruan personaliti, tidak percaya kepada orang lain serta masalah penagihan dadah dan ketagihan arak yang menjurus kepada masalah kesihatan yang berkaitan.

Ini memberi kesan kepada keadaan kesihatan keseluruhan rakyat yang mana terdapat lebih ramai kelahiran cacat serta timbulnya pelbagai penyakit yang kronik. Kerajaan akan terpaksa menyalurkan lebih banyak dana untuk membendung atau membantu pesakit sedangkan sepatutnya perkara itu boleh dielakkan daripada berlaku. Keluarga juga mengalami kesan dari kejadian sumbang mahram. Antaranya ialah nama baik dan maruah keturunan yang tercemar, hina dan dicela oleh masyarakat, hilangnya perasaan sayang, hormat dan mesra sesama ahli keluarga, tidak sah taraf untuk anak yang lahir dari hubungan sumbang mahram dan lemah mental, kemungkinan nikah sesama mahram, kebajikan generasi yang dilahirkan terabai, anak yang mewarisi sifat keji ibu bapa (pelaku sumbang mahram), disisih masyarakat, menyumbang kepada masalah sosial masyarakat dan berlakunya pengabaian tanggungjawab.

Selain itu, terdapat juga kesan keseluruhan terhadap masyarakat, antaranya ialah melambatkan proses pembangunan masyarakat, menjejaskan imej masyarakat Islam dan melambatkan proses pembentukan keluarga dan masyarakat, merenggangkan hubungan kemasyarakatan, meningkatkan keruntuhan institusi keluarga di samping penambahan kepada masalah sosial sedia ada. Akibat dari perbuatan sumbang mahram ini bukan sahaja meliputi kehilangan maruah diri, tetapi juga mengakibatkan kepada timbulnya berbagai-bagai masalah psikologi dan mental yang boleh merosakkan generasi yang akan datang. Selain daripada itu, terdapat juga kesan negatif kepada ekonomi negara seperti terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar untuk program pemulihan dan pencegahan, daya pengeluaran negara terjejas kerana sumber tenaga yang lemah, membantutkan pembangunan negara serta kurangnya sumber tenaga yang berkualiti.




TAN JO LYN     206075

DADAH


Dadah adalah satu masalah social paling rumit yang sedang dihadapi oleh Negara di dunia. Masalah ini telah menjejaskan keadaan ekonomi, politik dan juga sosial beberapa buah negara yang terlibat terutama negara-negara yang sedang membangun. Dadah adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana apabila dimasukkan ke dalam tubuh, ia boleh mengubah keadaan badan, perasaan dan kelakuan pengguna. Dadah dapat digunakan dengan cara suntikan, hidu, hisap atau makan. Dadah adalah racun yang boleh menyebabkan penagihan dan penyakit. Menggunakannya yang berterusan mendatangkan kerosakkan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.


Sejak bermulanya era globalisasi ini, banyak isu telah dibangkitkan termasuk gejala pengambilan dadah dalam golongan remaja di negara kita. Gejala ini semakin berleluasa dan menjadi semakin sukar untuk ditangani. Selama ini, penagihan najis dadah jelas membuktikan bahawa bahan ini boleh memusnakan kehidupan seseorang. Musibah yang melanda golongan ini turut dijadikan iktibar kepada para remaja oleh ibu bapa, namun usaha-usaha tersebut umpama mencurahkan air ke daun keladi.


Faktor utama yang menyebabkan masalah ini adalah kerana remaja mudah terpengaruh dengan persekitaran, luaran dan media massa. Remaja yang masih lagi cuba untuk mengenali pelbagai aktiviti atau budaya baru tidak tahu membezakan antara gejala yang negatif atau positif. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas. Kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka. Hal ini menyebabkan mereka mudah terikut-ikut dengan kata dan arahan rakan-rakan tanpa menyedari kesan buruknya.


Selain daripada itu, kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibubapa juga akan menyebabkan remaja terjebak dengan aktiviti negatif kerana tingkah laku anak-anak tidak diperhatikan dan mereka akan lebih mempercayai individu lain yang sentiasa bersama mereka daripada ibu bapanya walaupun individu tersebut tiada niat yang baik. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan keluarga akan menyebabkan masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini juga akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlaluan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan dadah.


Tekanan yang dialami oleh remaja pada hari ini turut menjadi salah satu faktor kewujudan masalah ini. Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata. Harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya ingin mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka.


Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi gejala dadah ini ialah dengan memberi pendidikan mengenai bahaya dadah. Peranan pihak sekolah turut dapat mengatasi masalah ini yang merebak seperti virus epidemik di kalangan murid-murid. Pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan kemaslahatan kepada murid-murid. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh mengadakan ceramah mengenai bahaya dadah dengan menjemput pengawai polis di bahagian nakotik untuk menerang dan menceritakan tentang kes-kes dadah yang telah berlaku di negara ini. Melalui cara ini, murid-murid dapat menghindarkan diri mereka daripada perkara yang boleh membawa impak negatif dalam diri mereka. Oleh hal yang sedemikian, pihak sekolah hendaklah memainkan peranan yang penting bagi mengatasi masalah ini yang boleh menjejaskan imej sesebuah sekolah.


Kempen kesedaran juga perlu diadakan dari masa ke masa oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan perlu bertanggungjawab untuk membanteras gejala ini. Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen anti-dadah dan bahaya penggunaan dadah. Pelbagai aktiviti hendaklah diadakan semasa kempen ini berlangsung dan aktiviti itu hendaklah melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran mudah para penjual dadah. Pihak kerajaan boleh menampal poster-poster mengenai bahaya dadah di tempat awam seperti pusat beli-belah, hospital, dewan rakyat dan sebagainya. Risalah-risalah berkaitan dadah juga dapat diedarkan di di sekolah, kawasan dan tempat awam supaya rakyat dapat menyedari bahawa bahaya dadah.


Di samping itu, Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.


Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi dadah. Penyalahgunaan dadah berpunca dari banyak faktor tetapi terdapat banyak cara untuk mengatasinya. Kita harus berusaha dan bekerjasama bagi membanteras gejala ini agar tidak membawa akibat yang lebih buruk. Sekiranya terdapat komitmen yang tinggi dan berterusan untuk mengatasi masalah ini, masalah penagihan najis dadah pasti dapat dibendung dengan jayanya.


SIAU SEY FONG     206039

BOHSIA

Bohsia ialah istilah yang merujuk kepada satu gejala sosial yang melibatkan remaja perempuan yang bergaul dengan lelaki secara bebas untuk keseronokan. Kumpulan remaja yang terlibat dengan gejala bohsia ini adalah daripada kalangan pelajar yang tidak berminat untuk belajar,kebanyakan mereka mempunyai pencapaian akademik yang rendah ataupun sudah berhenti daripada bersekolah.Di samping itu,gadis remaja yang terdedah dengan pergaulan bebas juga menyumbang kepada berlakunya kegiatan bohsia.


Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya gejala bohsia.Faktor pertama adalah faktor diri.Remaja mudah terpengaruh dengan unsur unsur yang tidak sihat.Remaja suka mengikut nalurinya dan mahukan kebebasan menyebabkan mereka mudah terjerumus menjadi bohsia.Kebanyakan mereka adalah remaja yang tidak mempunyai kekuatan dalaman untuk menentang pengaruh luar lantas mendorong mereka untuk terjebak dalam gejala bohsia.Selain itu,kecetekan akal kerana umur yang muda dan ditambah dengan pendidikan agama yang lemah menyebabkan mereka lebih banyak bertindak mengikut hati dan perasaan dan bukan mengikut pertimbangan akal yang waras.


Selain itu,pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor.Remaja mudah dipengaruh dan terikut-ikut dengan rakan sebayanya. Rakan sebaya yang negatif mempengaruhi remaja untuk bertingkahlaku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma masyarakat.Sebagai contohnya, mereka mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan untuk menonton video lucah, lari dari rumah, ponteng sekolah dan melepak di pusat membeli-belah. Semasa melepak bersama dengan rakan-rakan bohsia yang lain di tempat tertentu, remaja ini diperkenalkan dengan bohjan sehinggalah mereka menjadi teman tidur kepada bohjan tersebut.


Faktor lain juga boleh ditinjau dari sudut media massa.Media massa mampu memberi kesan dan mempengaruhi pemikiran generasi muda.Banyak program yang berbentuk keganasan,keruntuhan moral dan unsur unsur lain yang tidak sesuai dengan norma masyarakat banyak disiarkan.Di samping itu, video lucah dan bahan bacaan lucah juga disket lucah amat mudah didapati di dalam pasaran hari ini.Remaja terbabit dirangsang untuk mencuba apa yang telah mereka tontoni atau baca. Akhirnya, mereka terjebak ke dalam lembah maksiat.


Faktor terakhir iaitu budaya asing yang mengutamakan keseronokan, dan mengamalkan seks bebas dan bersekedudukan telah mempengaruhi remaja terbabit untuk terlibat dalam gejala bohsia.Mereka sanggup lari dari rumah atau memperdayakan ibu bapa dengan alasan-alasan tertentu supaya dapat bersama berseronok dengan rakan-rakan.


Gejala bohsia telah mendatangkan banyak kesan negatif.Antaranya ialah kelahiran bayi luar nikah.Akibat
daripada aktiviti seks bebas yang dilakukan oleh golongan bohsia ini, mereka mungkin akan menghamilkan anak luar nikah. Justeru bagi mengelakkan daripada diketahui umum mereka akan mengambil jalan mudah dengan menggugurkan kandungan tersebut.Pada zaman ini,kita dikejutkan bahawa terdapat ramai di antara mereka yang berusia remaja menjalankan proses menggugurkan kandungan.Kebanyakan adalah mereka yang terlibat dengan aktiviti bohsia ini

.
Selain itu,kes pembuangan bayi juga semakin bertambah.Kehidupan seks bebas akan menyebabkan kelahiran bayi yang mungkin tidak diingini oleh ibu bapa mereka. Kegiatan bohsia merupakan salah satu pencetus kepada pembuangan bayi dan menyebabkan pembuangan bayi menjadi begitu kritikal sejak akhir-akhir ini.Hal ini disebabkan mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat.Oleh itu,mereka sanggup membuang bayi mereka untuk menyembunyikan perbuatan maksiat mereka.


Di samping itu,golongan bohsia mudah terjebak kepada gejala pelacuran.Golongan bohsia ini apabila mereka telah sebati dengan kehidupan mereka selama ini, mereka akan pula memasuki kancah pelacuran yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan mereka. Hal ini kerana, majoriti di kalangan bohsia ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah. Oleh itu,adalah sukar untuk mereka mendapat peluang pekerjaan yang dapat memberikan mereka hasil lumayan. Jadi mereka akan tertarik dengan aktiviti pelacuran yang lebih teruk lagi.


Masyarakat juga mudah terdedah kepada penyakit.Ini adalah kerana gadis bohsia yang melakukan seks rambang memudahkan merebaknya penyakit kelamin dan remaja lelaki juga akan menghidap penyakit kelamin disebabkan sering bertukar-tukar pasangan dengan gadis bohsia yang lain. Selain itu,gadis bohsia juga berkemungkinan berdepan dengan penyakit barah pangkal rahim kerana kegemaran bertukar-tukar pasangan seks


Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi kegiatan bohsia. Remaja berperanan dalam mengatasi gejala bohsia ini. Para remaja hendaklah memikirkan tentang diri dan masa depan hidup mereka.Mereka haruslah menanamkan pendidikan agama dan moral dalam diri mereka agar tahap kemantapan minda mereka berjalan seiring dngan perubahan masa,suasana dan tempat.Pendidikan agama dan moral penting supaya remaja tidak mudah terpengaruh dengan suasana sekeliling dan akan lebih berhati-hati dalam mengorak langkah kehidupan mereka.Apabila mereka tergelincir daripada batas-batas keagamaan ,mereka cepat sedar kerana didikan agama dapat menjadi perisai dalam diri remaja untuk menjauhi perkara yang dilarang.


Selain itu,peranan sahabat, keluarga dan masyarakat juga penting dalam menanggani gejala bohsia.Mereka haruslah sentiasa meluangkan masa menemani remaja bohsia seperti berkomunikasi dengan mereka,beri perhatian kepada mereka,bertanyakan masalah yang mereka hadapi serta menasihati mereka dengan cara psikologi,lemah lembut dan mencari jalan penyelesaian kepada mereka.Dengan ini, remaja bohsia akan merasa diri mereka dihargai kerana sahabat,keluarga dan masyarakat mengambil berat tentang mereka.Mereka akan bersemangat untuk merubah corak kehidupan yang sedia ada ke arah yang lebih baik.Sahaabat,keluarga dan masyarakat haruslah membantu remaja bohsia daripada terus hanyut dalam arus kemaksiatan.Di samping itu,haruslah menanamkan keyakinan kepada remaja bohsia bahawa mereka masih muda dan mempunyai peluang untuk membina peribadi yang unggul.


Akhirnya ialah peranan kerajaan.Kerajaan haruslah mengenakan tindakan undang-undang seperti Akta Perlindungan Gadis dan Wanita,Akta social dan sebagainya.Akta Perlindungan Gadis dan Wanita perlu dikenakan kepada gadis remaja bawah umur yang terbabit dalam kegiatan maksiat.Di samping itu,Akta sosial juga mestilah dikenakan kepada unsur atau subjek yang banyak mempengaruhi remaja menjadi bohsia.


Kesimpulannya,remaja adalah tunggak kepada negara.Oleh itu,masyarakat perlulah mendidik anak-anak mereka dengan baik agar mereka tidak terjerumus ke dalam kegiatan maksiat apabila mereka dewasa nanti.



TAN AI LI     205946